Apabila penyakit buah pinggang berkembang dalam tempoh masa yang singkat ia ia disebut Kegagalan Buah Pinggang Akut. Ini biasanya disebabkan oleh 'insult' (kerosakan) pada buah pinggang akut. Tidak seperti Kegagalan Buah Pinggang Kronik, ini boleh dirawat dan disembuhkan. penyakit buah pinggang akut sering menimbulkan gejala yang cukup jelas, dan paling menonjol seperti dibawah ini:
- Darah Dalam Urin
- Pembengkakan pada wajah, kaki, dan pergelangan kaki
- Tekanan Darah Tinggi
- Sesak Nafas
Tanda-tanda di atas adalah lebih kerap terjadi pada kanak-kanak kerana mereka lebih cenderung untuk mengalami penyakit buah pinggang akut. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna orang dewasa adalah bebas daripada akut, so anda ambil perhatian jenis dari kombinasi gejala-gejala tadi, segeralah mendapatkan rawatan perubatan.
Perhatikan bahawa penyakit-penyakit lain juga boleh menyebabkan gejala yang sama, tetapi dari ujian air kencinglah yang boleh menunjukkan adanya penyakit buah pinggang. Sebagai contoh, ujian air kencing akan menunjukkan jika albumin (protein) dan darah bercampur ke dalam air kencing, kerana itulah yang menyiratkan adanya penyakit buah pinggang. Ujian darah juga boleh menunjukkan keadaan buah pinggang anda melakukan fungsi utamanya membuang bahan buangan atau sisah.
Sebaliknya, pelbagai penyakit buah pinggang kronik tidak ada tanda-tanda yang jelas pada peringkat awal. Mungkin ada dengan hilangnya selera makan, bengkak di kaki, dan cepat keletihan. Ia mungkin bukan sesuatu yang luar biasa untuk gejala-gejala ini sehingga sering di abaikan dalam jangka masa yang panjang.
Malah, beberapa orang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pada pada peringkat awal. Tetapi setibanya fungsi buah pinggang merosot, gejala mungkin akan dapat dirasakan yaitu:
- Merasah Letih
- Sakit kepala kerap pening
- Hilang selera makan (anoreksia)
- Masalah tidur terganggu (insomnia)
- Gatal pada kulit Terutama bahagian belakang
- Kerap kencing atau pengekalan air kencing
- Loya atau muntah-muntah
- bengkak atau kebas pada tangan dan kaki
- Kulit agak hitam atau gelap
- Kejang otot