Kegagalan Buah Pinggang Akut

Mengesan tanda awal dan simptom sakit buah pinggang akut dan penyakit buah pinggang kronik pada orang dewasa maupun kanak-kanak, Searches related to Buah Pinggang Akut ubat sakit buah pinggang tanda sakit buah pinggang tahap 4 cara mencegah sakit buah pinggang sakit buah pinggang boleh makan apa buah pinggang rosak tanda sakit batu karang tanda sakit batu karang buah pinggang tanda penyakit kencing manis


 Buah Pinggang Akut

Definisi Kegagalan Buah Pinggang Akut
Kegagalan buah pinggang akut  atau Acute Kidney Injury (AKI) merupakan istilah di mana buah pinggang seseorang mengalami kerosakan secara mendadak, sehingga tidak boleh berfungsi. Kegagalan buah pinggang akut berlaku apabila buah pinggang tiba-tiba tidak boleh menapis sisa kimia dari darah ianya boleh mencetuskan pembentukan atau penimbunan sisa tersebut di dalam tubuh. Penumpukan sisa kimia dan garam dalam badan boleh menghentikan organ lain untuk berfungsi dengan betul.


Jika tidak ditangani dengan segera, kegagalan buah pinggang akut boleh menyebabkan kecederaan kekal (buah pinggang berhenti berfungsi) atau bahkan membahayakan nyawa. Tetapi, jika dirawat tepat waktu dan keadaan kesihatan pesakit secara umum baik, maka ia mempunyai kemungkinan pulih sepenuhnya.

Gejala Kegagalan Buah Pinggang Akut

Beberapa gejala kegagalan buah pinggang akut adalah sebagai berikut:
  • Kurang mengeluarkan air kencing.
  • Hilang Fokus
  • Mual dan muntah.
  • Sesak nafas.
  • Pengumpulan cecair dalam tubuh atau edema.
  • Cepat letih.
  • Dehidrasi.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Sakit tulang belakang.
  • Sakit perut.
  • Tingginya tekanan darah atau hipertensi.

Pada fasa awal, kegagalan buah pinggang akut tidak menunjukkan gejala apa pun dan hanya boleh dikesan melalui ujian makmal. Tapi, penyakit ini boleh memburuk dengan sangat cepat, dan tiba-tiba pesakit mengalami beberapa gejala di atas.

Punca dan Faktor Risiko Kegagalan Buah Pinggang Akut

Majoriti kegagalan buah pinggang akut terjadi kerana kurangnya aliran darah ke buah pinggang. Berikut beberapa perkara yang boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang:
  • Volume darah yang rendah, hal ini terjadi akibat pendarahan, muntah dan cirit-birit berlebihan, serta dehidrasi
  • Jumlah darah yang dipam oleh jantung di bawah normal, ini terjadi kerana gagal jantung atau gagalnya fungsi hati.
  • Gangguan pada pembuluh darah, yang disebabkan pembengkakan dan penyumbatan pada pembuluh darah utama menuju ke buah pinggang.
  • Beberapa ubat-ubatan tertentu yang boleh mengganggu bekalan darah ke buah pinggang atau bahkan mengganggu buah pinggang. Contohnya ubat anti inflmasi non-steroid (OAINS), ubat untuk tekanan darah tinggi, dan antibiotik.
  • Cecair pewarna, yang digunakan pada ujian pengimejan tubuh dan sinar X.


Selain kerana berkurangnya aliran darah ke buah pinggang, kegagalan buah pinggang akut juga boleh dicetuskan oleh dua penyebab berikut:

  • Tersumbatnya saluran air kencing, sehingga sisa dari buah pinggang tidak boleh dibuang melalui air kencing.
  • Kerosakan yang mememang berada di buah pinggang, yang boleh disebabkan oleh timbunan kolesterol, penggumpalan darah, glomerulonefritis, penyakit lupus, multiple myeloma, skleroderma, thrombotic thrombocytopenic purpura, jangkitan, dan ubat-ubatan tertentu.


Ada beberapa perkara yang meningkatkan risiko seseorang terkena kegagalan buah pinggang akut, iaitu:

  • Mempunyai risiko tinggi mengalami sumbatan pada saluran air kencing.
  • Mengidap penyakit diabetes.
  • Mengidap penyakit hati.
  • Pembuluh darah pada lengan dan kaki tersumbat.
  • Terkena jangkitan atau infeksi.
  • Mengalami dehidrasi.
  • Berusia 65 tahun atau lebih.
  • Sedang dalam rawatan intensif  saat di hospital.

Diagnosis kegagalan buah pinggang akut

Diagnosis merupakan langkah doktor untuk mengenal pasti penyakit atau keadaan yang menjelaskan gejala dan tanda-tanda yang dialami oleh pesakit. Untuk mendiagnosis kegagalan buah pinggang akut, doktor akan melakukan beberapa perkara berikut
  • Ujian darah.
  • Ujian air kencing dan ukuran volume air kencing yang dikeluarkan.
  • Ujian pengimejan. Doktor boleh melihat keadaan buah pinggang melalui ultrasound atau CT scan.
  • Biopsi atau pengambilan sampel tisu buah pinggang untuk diuji.


Biasanya, pesakit dewasa boleh disimpulkan terdedah kepada kegagalan buah pinggang akut jika hasil diagnosis seperti berikut:

  • Kandungan kreatinin pada darah di atas normal dan terus meningkat.
  • Volume air kencing yang dikeluarkan berkurang.

Rawatan dan Komplikasi kegagalan Buah Pinggang Akut

Rawatan yang dilakukan pada kegagalan buah pinggang akut sangat bergantung pada penyebab utama munculnya keadaan ini dan seberapa lama sudah mengalaminya. Kebanyakan pengidap kegagalan buah pinggang akut akan di rawat di hospital untuk rawatannya. Tapi, ada beberapa pengidap kegagalan buah pinggang akut yang boleh dirawat di rumah.


Jika menjalani rawat jalan, maka doktor biasanya menyarankan beberapa perkara berikut:

  • Menganjurkan pesakit untuk berunding dengan doktor pakar urologi dan pakar buah pinggang.
  • Merawat jangkitan yang menjadi punca kegagalan buah pinggang akut.
  • Memperbanyakkan pengambilan air mineral untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Melakukan ujian darah untuk memantau tahap kreatinin dan garam.
  • Menghentikan rawatan apa pun yang berisiko menyebabkan kegagalan buah pinggang akut.


Pesakit akan diminta untuk menjalani rawatan tinggal di hospital jika mengalami keadaan sebagai berikut:
  • Adanya risiko penyumbatan urine.
  • Penyakit yang menyebabkan kegagalan buah pinggang akut memerlukan rawatan segera.
  • Keadaan pesakit semakin parah.
  • Pesakit terdedah kepada komplikasi kegagalan buah pinggang akut.


Bagi orang yang mengalami kegagalan buah pinggang akut yang terok, mungkin diperlukan prosedur dialisis atau cuci darah, kerana buah pinggang sudah boleh menjalankan fungsinya seperti normal.



Kegagalan buah pinggang akut boleh mencetuskan beberapa komplikasi serius sebagai berikut:

  • Acid dalam darah meningkat. Keadaan ini menyebabkan loya dan muntah, sukar bernafas, dan pening.
  • Kerosakan buah pinggang kekal, yang menyebabkan hilangnya fungsi buah pinggang secara kekal.
  • Tingginya kandungan potasium pada darah. Hal ini boleh menyebabkan otot menjadi lemah, lumpuh, dan gangguan pada degupan jantung.
  • Kematian.
  • Pengumpulan cecair pada paru-paru (edema paru).
  • Sakit di bahagian dada. Membengkaknya lapisan yang menutupi jantung (perikarditis), membuat pesakit gagal buah pinggang akut merasakan sensasi kesakitan di dada.


Pencegahan Kegagalan Buah Pinggang Akut

Semua orang yang berisiko terdedah kepada kegagalan buah pinggang akut harus diawasi ketika mereka sakit atau memulakan rawatan baru. Orang-orang tersebut dinasihatkan untuk menjalani ujian darah dan memeriksa jumlah air kencing yang dibuang secara rutin.


Risiko kegagalan buah pinggang akut juga boleh dipantau dengan cara menjaga kesihatan buah pinggang. Berikut dua cara untuk menjaganya:

  • Ikut arahan pada label ketika mengambil ubat bebas. Contoh ibuprofen dan aspirin.
  • Berjumpalah dengan doktor untuk menangani gangguan buah pinggang. Ikutilah cadangan doktor untuk menjaga tubuh daripada serangan penyakit yang boleh mencetuskan kegagalan buah pinggang akut.
  • Menjalani gaya hidup sihat. Melakukan latihan secara rutin, menjaga pola makanan yang sihat, dan mengelakkan minuman beralkohol akan membantu anda menurunkan risiko mengalami kegagalan buah pinggang akut.




Source : alodokter.com


About the Author

Saya bagian dari CKD (pesakit buah pinggang kronik) selama 8 thn. siapa-siapa nak bantu saya untuk biaya Injection.boleh email saya. Click Profile

7 تعليقات

  1. Kami amat memerlukan penderma buah pinggang dengan baik

    dianugerahkan sebanyak $ 300,000.00

    Orang yang berminat patut berbuat baik

    hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut.

    E-mel: kerehealthcenter@gmail.com

    Nombor Telefon: +1 631 816 2311
  2. Ayu Oktavia
    أزال المؤلف هذا التعليق.
  3. OPPORTUNITY TO MAKE QUICK MONEY FOR KIDNEY DONORS;

    WE ARE URGENTLY IN NEED OF KIDNEY

    DONORS WITH THE SUM OF

    $500,000.00 USD, CONTACT US NOW ON

    VIA EMAIL FOR MORE

    DETAILS. +234 9075565949

    blessedkidneycare@gmail.com

    Dr.LUKE PHILIPS OF APPOLO HOSPITAL IN SPECIALIST IN
    ORGAN SURGERY FROM UNITED STATE OF AMERICA, BASE IN
    INDIA. blessedkidneycare@gmail.com
  4. We are urgently in need of kidney donors in Apollo Hospital India for the sum of $800,000.00 USD (6.80Crores). For more details contact us via the below Email.
    E-mail: apollo.hospital101@gmail.com
    Mobile Number: +917338349363
    Whats-app: +917338349363
  5. WOOWW...serious?
  6. ‘Kidney for sale': Iran has a legal market for the organs
  7. Kidney donor needed urgently, My client is urgently in need of a kidney transplant, If interested to sell contact here on my what'sApp number +4915219253693 Or Email: kidneydeal@gmail.com
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.