Seks 3-4 Kali Seminggu Dapat Mengubati Batu

penghancur batu karang penyakit batu karang pada pria obat tradisional untuk mengobati batu karang penyakit batu karang pada wanita tanda penyakit batu karang ciri ciri penyakit batu karang penyebab penyakit batu karang obat batu karang ginjal


Pembedahan menjadi salah satu penyelesaian bagi menyembuhkan penyakit batu karang. Namun, kajian terbaru ini mencari cara lain, iaitu dengan berhubungan seksual bagi pasangan suami dan isteri. Ternyata, Dengan hubungan seks 3-4 kali seminggu mampu merawat dari penyakit batu karang.


Penyelidik dari Clinic of Ankara Training and Research Hospital di Ankara, Turki, memaparkan manfaat seks tiga kali seminggu dapat mengatasi batu karang.


Penyelidik yang juga dari Jabatan Urologi di hospital melibatkan 75 peserta dan dibahagikan dalam tiga kumpulan. Kumpulan pertama diminta melakukan hubungan seks tiga hingga empat kali seminggu, kumpulan kedua diberikan tamsulosin, iaitu ubat yang mengendurkan otot prostat pada lelaki sehingga buang air kecil menjadi lebih kerap, dan ketiga, pesakit diberi rawatan perubatan standard untuk rawatan batu karang.


Setelah dua minggu, penyelidik mendapati bahawa 26 daripada 31 peserta dari kumpulan yang diminta berhubungan seksual berjaya mengeluarkan batu buah pinggang mereka atau disebut batu karang. Pada kumpulan kedua, sebanyak 10 daripada 21 peserta yang berjaya, dan kumpulan ketiga hanya 8 daripada 23 peserta yang berjaya mengatasi batu karangnya.


Batu karang yang berjaya dikeluarkan rata-rata berukuran 4.7 milimeter. Sementara dalam kajian serupa yang disiarkan di Annals of Emergency Medicine mendedahkan, berhubungan seks nampaknya hanya berkesan untuk merawat batu karang yang ukuranya masih kecil.


Apabila ukurannya sudah lebih besar, doktor harus beralih memberikan ubat tamsulosin. Diungkapkan penyelidik, pesakit yang diberikan tamsulosin, sebanyak 83.3 peratus berjaya menyembuhkan batu karang yang berukuran 5-10 milimeter.


Jadi, ternyata manfaat seks untuk mengatasikarang boleh anda jadikan penyelesaian untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Semoga maklumat ini bermanfaat.


Source:www.medicaldaily.co

About the Author

Saya bagian dari CKD (pesakit buah pinggang kronik) selama 8 thn. siapa-siapa nak bantu saya untuk biaya Injection.boleh email saya. Click Profile

إرسال تعليق

Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.