Apa penyebab utama obesiti?

Carian berkaitan dengan Obesiti punca obesiti kesan obesiti cara mengatasi obesiti karangan obesiti obesiti di malaysia maksud berat badan berlebihan keburukan obesiti obesity

Obesiti adalah keadaan perubatan di mana lemak dalam badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Individu itu biasanya dianggap sebagai obes atau kegemukan.
Obesiti
Apabila Body mass index (BMI), yaitu ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) dengan ketinggian seseorang (dalam meter) yang dikuasa dua. Indeks BMI antara 20 hingga 25 dianggap normal, individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat terlebih; dengan 30 dan ke atas, mereka ini dianggap obes, dan dengan 35 dan ke atas, mereka ini dianggap obes parah. Secara umumnya, angka BMI ini menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal pasti obesiti seseorang. Walaupun begitu, indeks BMI rupanya peramal yang lemah bagi individu yang sangat cergas, kerana seseorang yang memiliki tisu otot yang lebih tinggi daripada individu biasa, memperoleh keputusan BMI yang lebih tinggi daripada normal, walaupun badan individu itu sangat besar. Indeks jisim badan ini terpakai untuk orang dewasa yang telah membesar sepenuhnya dan tidak harus digunakan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Carta pertumbuhan khusus boleh digunakan untuk mengukur obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa negara Asia Timur menggunakan nilai yang lebih rendah. Obesiti meningkatkan kebarangkalian menghidap pelbagai penyakit berkaitan obesiti, termasuklah penyakit kardiovaskular, diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis-jenis kanser tertentu, osteoartritis, dan asma.


Obesiti kerap kali terjadi disebabkan oleh kombinasi pengambilan tenaga makanan secara keterlaluan, kurangnya aktiviti jasmani, dan kerentanan genetik. Terdapat kes terpencil didapati disebabkan oleh gen, kecelaruan endokrin, pengubatan, atau penyakit mental. Tiada bukti kukuh sebenarnya yang menyokong pandangan bahawa orang obes makan sedikit tetapi berat masih bertambah kerana metabolisme yang rendah. Secara kebiasaannya, orang obes mempunyai penggunaan tenaga yang lebih banyak berbanding orang yang kurus kerana banyak tenaga diperlukan untuk mengekalkan jisim badan yang bertambah.


Obesiti sememangnya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan peribadi seseorang. Perubahan diet dan bersenam merupakan rawatan utamanya. Kualiti diet dapat ditingkatkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan bergula tinggi, dan meningkatkan pengambilan serabut diet. Pengubatan boleh juga diambil, seiring dengan diet yang sesuai, untuk mengurangkan selera atau mengurangkan penyerapan lemak. Jika diet, senaman, dan pengubatan tidak efektif, pembedahan boleh dilakukan untuk mengurangkan isi padu perut atau panjang usus, seterusnya menyebabkan rasa kenyang lebih awal atau mengurangkan kebolehan menyerap khasiat daripada makanan.


Obesiti menjadi antara punca utama kematian boleh elak di serata dunia, dengan peningkatan kadar dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Pada 2014, 600 juta dewasa (13%) dan 42 juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun merupakan obes. Obesiti lazimnya terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Pihak berkuasa melihat obesiti merupakan antara masalah kesihatan awam paling serius pada abad ke-21. Obesiti dicela dan diaibkan dalam dunia moden (khususnya dunia Barat), walaupun pernah dilihat sebagai simbol kekayaan dan kesuburan pada suatu ketika dalam sejarah dan masih lagi berlangsung di beberapa bahagian di dunia ini. Pada 2013, Persatuan Perubatan Amerika mengklasifikasikan obesiti sebagai suatu penyakit.

Konten Source: https://en.wikipedia.org/wiki/Obesity

About the Author

Saya bagian dari CKD (pesakit buah pinggang kronik) selama 8 thn. siapa-siapa nak bantu saya untuk biaya Injection.boleh email saya. Click Profile

Catat Ulasan

Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.