Kebimbangan yang semakin meningkat tentang penyakit buah pinggang kronik

image_title_here
Penyakit pinggang kronik (CKD)
PENYAKIT buah pinggang kronik (CKD) dilihat sangat membimbangkan dengan purata ribuan pesakit baru disahkan menghidapinya berada pada tahap akhir setiap tahun.

Itu belum mengambil kira pesakit buah pinggang sedia ada yang sedang menjalani dialisis atau pesakit buah pinggang tahap lain yang menerima rawatan. 

CKD adalah penyakit buah pinggang yang berlaku dalam masa panjang, sekurang-kurangnya melebihi tiga bulan.

Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jika di Malaysia, 80 peratus punca disebabkan tiga penyakit utama iaitu diabetes, darah tinggi dan gout.

Daripada jumlah itu, 50 peratus daripada pesakit menghidap CKD disebabkan diabetes. 

Lima tahap penyakit buah pinggang 

Penyakit buah pinggang terbahagi kepada lima tahap, bergantung kepada Kadar Penapisan Glomerular (GFR). 

GFR ini boleh dianggap seperti pengukur buah pinggang. Jika buah pinggang tidak bermasalah, proses penapisan akan menjadi laju. 

Untuk mengesan tahap penyakit buah pinggang, bacaan GFR tahap pertama adalah 90 ml/min; tahap kedua (GFR 89-60 ml/ min); tahap ketiga (GFR 59-30 ml/min) dan tahap keempat (GFR 29-15 ml/min).

Tahap akhir apabila bacaan GFR adalah 15 ml/min dan ke bawah. Pada tahap terakhir, buah pinggang sudah tidak berfungsi dan pesakit perlu menjalani rawatan dialisis.

Ramai pesakit yang berada pada tahap satu atau tahap dua tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah dengan fungsi buah pinggang mereka. 

Untuk dua tahap terawal, tiada simptom akan dialami. Untuk mengesan penyakit buah pinggang, saringan perubatan perlu dilakukan secara berkala. 

Mereka boleh pergi ke pusat kesihatan dan membuat ujian darah serta ujian air kencing bagi mengesan penyakit buah pinggang seawal yang mungkin. 

Jika dapat dikesan lebih awal, ia membolehkan pesakit mendapat rawatan awal seterusnya melambatkan rawatan dialisis. 

Bagaimanapun, pesakit selalunya sedar apabila mereka sudah memasuki tahap tiga atau empat.

Simptom CKD 

Ketika itu, perubahan yang disedari adalah badan mereka.Ketika itu, perubahan yang disedari adalah badan terasa cepat letih, lesu dan mengah. Jika sebelum ini pesakit boleh berjoging sejauh satu kilometer, tetapi kini untuk menghabiskan 100 meter mereka sudah mengah. 

CKD boleh berlaku kepada sesiapa saja tetapi lebih cenderung pada umur lingkungan 30 tahun hingga 60 tahun dan dengan adanya risiko seperti diabetes, darah tinggi atau gout.

Faktor pemakanan juga boleh menyumbang kepada risiko menghidapi CKD. 

Jika seseorang itu tidak menjaga pemakanan mereka dan terus mengambil makanan berkalori tinggi, garam tinggi, manisan serta makanan berminyak, ia berisiko menghidap darah tinggi dan diabetes, seterusnya penyakit buah pinggang.

Jika mahu merawat CKD, kita haruslah merawat puncanya. Contohnya, pesakit menghidapi disebabkan diabetes, jadi mestilah mengawal diabetes itu. Jika tidak kawal, rawatan untuk penyakit tidak akan memberi kesan. 

Selain itu, pesakit CKD juga perlu mengamalkan diet rendah protein dengan mengambil protein sebanyak 0.6-0.8 gram/kilogram berat badan sehari.

Bagi mengimbangi nutrisi pesakit, pakar perubatan akan mencadangkan rawatan keto asid. 

Ia adalah rawatan untuk memberi nutrisi protein kepada pesakit tanpa mengganggu bahan kumuh. 

Apabila pesakit mengamalkan diet rendah protein dan rawatan keto asid, mereka akan mendapat asid amino yang tidak mempunyai nitrogen dan jumlahnya mencukupi untuk keperluan otot badan.

About the Author

Saya bagian dari CKD (pesakit buah pinggang kronik) selama 8 thn. siapa-siapa nak bantu saya untuk biaya Injection.boleh email saya. Click Profile

إرسال تعليق

Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.